Thursday, November 13, 2008

Majlis Akhir Tahun..


Gambar-gambar pelajar tahun 5 yang kadang-kadang menyakitkan hati tapi sebenarnya mereka memang baik-baik...dah la hensem2 dan cantik2 semua... Gambar ini diambil semasa Majlis Pengiktirafan Pencapaian Pelajar & Penyampaian Sijil.......
Mungkin inila kenangan terakhir saya di sekolah ini...

Sunday, November 9, 2008

Gotong-royong Merobohkan Rumah Buruk

Alahai..bila la api ni nak menyala..

Betapa meriahnya suasana...

Apai Laka tengah bekerja keseorangan...kesiannye dia..






Friday, August 8, 2008

Sejarah Sekolah...

Pada tahun 1947, Jawatankuasa sementara yang dipengerusikan oleh mendiang Tuai Rumah Silang ak Aju berjaya menubuhkan sebuah sekolah swasta. Jawatankuasa itu telah mengambil seorang guru yang tidak terlatih, En. Guna ak Ayum sebagai guru yang pertama. Pembukaannya bernula dengan 18 orang murid yang terdiri daripada kanak-kanak dari rumah panjang yang berhampiran.
Pada awal pembukaannya, sekolah ini hanyalah sebuah pondok yang dibina di atas sebuah bukit berdekatan rumah panjang Ng. Atoi seperti mana sekolah ini dinamakan.
Pada tahun 1949, Majlis Tempatan Sarawak telah mengambil alih pengurusan dan pentadbiran serta memberi nombor pendaftaran sekolah ini, iaitu AS347. Memandangkan tapak sekolah ini sempit dan tidak sesuai untuk pembangunan di masa hadapan, tapak sekolah telah dipindahkan ke sebuah kawasan yang rata seluas 5 ekar. Tapak baru ini terletak lebih kurang 1 kilometer ke hulu Sg. Awik dari tapak lama. Bangunan sekolah yang lebih kukuh telah dibina. Pada tahun 1950, seorang guru terlatih, iaitu En. Jingan ak Engkamat telahpun ditempatkan di sekolah ini. Oleh yang demikian, jumlah rumah panjang yang mendaftar penghuninya (kanak-kanak) ke sekolah ini semakin bertambah.
Sehingga 1963, barulah sekolah ini mempunyai bangunan seperti sebuah bilik guru, tiga buah bilik darjah dan sebuah rumah guru. Pada tahun 1966, sekolah ini telah dinaik taraf sebagai Sekolah Rendah Penuh dengan seramai 28 orang murid darjah 6, iaitu kumpulan pertama yang menduduki ‘Common Entrance’. Sebelum itu pelajar-pelajar dari sekolah ini melanjutkan pelajaran mereka ke SRB St. Peter, Saratok untuk ke darjah 5 dan 6. Walaupun telah dinaik taraf sebagai sekolah rendah penuh, pengambilan pelajar masih berselang tahun. Enrolmen ketika itu hanya dalam lingkungan 60 hingga 90 orang, dan 6 hingga 9 orang guru. Apabila semua murid tinggal di asrama, 2 orang amah telah ditempatkan di sekolah ini.
Perkembangan pesat dapat dilihat sekitar tahun 1980. Bangunan asrama, rumah guru dan bilik darjah telah dibina satu demi satu. Bertitik tolak dari situlah sekolah ini mula menunjukkan perkembangan yang pesat dalam semua aspek sama ada dari segi fizikal mahupun akademik. Sekolah ini telah dinaik taraf menjadi Sekolah Rendah Gred A pada tahun 1994. Kelas mula penuh dari tahun 1-tahun 6 (Full Primary School) pada tahun yang sama.

Thursday, August 7, 2008

Program Gerak Gempur

Program Gerak Gempur Fasa 2..

Gambar ini telah diambil pada 31.Julai.08 sebelum majlis penutupan program gerak gempur dirasmikan oleh penolong PPDKS, iaitu En. Bundak ak Sulaw..

VISI SEKOLAH

Menjadikan SK Nanga Atoi sebuah institusi pelajaran rendah yang cemerlang pada tahun 2010..

MISI SEKOLAH

Melahirkan pelajar yang "cemerlang, gemilang, dan terbilang" melalui pengurusan pelajaran yang berkualiti..